Sunset over Masjid Putra

”A sunset is the sun’s fiery kiss to the night”

Crystal Woods

Memandangkan cuti masih berbaki 2 hari dr 7hb sampai ke 9hb, aku keluar petang sabtu tu ambil angin kat putrajaya. Kali ni berjalan sorang tanpa adik yang tengah berjuang untuk PT3nya hujung bulan ni. Also, kalau duk rumah nanti dier ajak layan ‘Sweet dreams”, baik aku cabut awal-awal.

Saja aku pilih nak berjalan-jalan sekitar masjid putrajaya, sebab viewnya sgt cantik walaupun dah banyak kali pergi. Kebersihan dan maintenance pun kekal terjaga. Although sesetengah taman kat putrajaya ni ada yang agak tercemar sikit dek orang-orang tak bertamadun.

Biasanya pergi beramai-ramai dengan family or kawan aku tak dapat la nak lama-lama dalam kawasan masjid, berhenti tepi2 jambatan sebab dorang dah tak sabar nak pergi alamanda lepas tu (ughh..). This time aku dapat tengok sunset skali. Somehow i got goosebumps that moment, kagum dengan keindahan Maha Pencipta.

Cruise tasik putrajaya.

Mula-mula aku berjalan sekitar taman wawasan sebab masih awal lagi dalam pukul 5.30 ptg. Sunyi gila taman tu macam aku sorang je yang ada, satisfied gila dapat dengar bunyi burung-burung, daun bergoyang dek angin. Part tak best banyak biawak bila turun tepi tasik. Ada la 3 kali ternampak.

Then jalan patah balik ke masjid bila langit sudah merah, seperti dalam gambar diatas (diambil pada jam 6.58 ptg). Ramai orang sekeliling datang dengan famiy, rombongan lawatan sekolah pun ada.

Tak jauh dari Masjid Putra.

Sementara menunggu azan maghrib aku duduk dibelakang masjid. Sebenarnya sebelum ni tak pusing habis pun. Takde sapa pun kat belakang, sambung la layan sunset. Tenang betul, angin pun menampar-nampar pipi rasa nak tido pulak.

Pemandangan belakang masjid putrajaya.

Then lepas solat magrib terus balik. I had fun today, unexpectedly. Oh btw, waktu ni jerebu pun boleh tahan..hastag #jerebu.

Strawberry shortcake

”Strawberry Shortcake called, she wants her outfit back”

Ilona Andrews
Pencuci mulut di pagi raya haji

Raya haji tahun ni biasa-biasa sahaja, kami sekeluarga tak pulang ke kampung pun. Aku dan abang masing-masing dah bekerja, dan adik bongsu pula nak menduduki peperiksaan PT3. Jadi kami memilih untuk berehat dirumah sahaja la, cuti pun sehari je kan.

Malam raya abang dan mak dah masak mi kari siap-siap. Mulanya nak buat laksa tapi kensel. Aku cuma tolong celur mi kuning , tauge dan rebus telur je esok pagi, harharhar. Hmm rasa mcm tak cukup la dengan mi sahaja jadi aku pun buat la sebiji kek.

Strawberry Shortcake, kek paling simple dalam dunia ni.

Lama tak membaking. Nasib baik jadi la jugak rupa kek tu. Tapi takdela glaze untuk strawberry. Guna apa yang ada je kat rumah. Resepi jumpa kat youtube, ada melambak tp aku pilih yang bahan ada di rumah. Ada la satu resepi ni semua dah ada kecuali corn syrup, aku bantai je guna honey. Tak tahula ada beza ke. Aku ni memang zero bab baking. Ok gais, selamat hari raya.

Tomyam simple

“Tom yam adalah nama bagi dua hidangan sup atau berkuah yang serupa yang berasal dari Laos dan Thailand”

Wiki’s
Tomyam is my favourite since forever

Aku memang suka sangat makan tomyam, dari kecik sampai la dah besar ni. Tomyam yang sedap biasanya yang serve warung thai seafood. Pergh memang letup la. Sebenarnya benda yang paling penting dalam tomyam ni ialah pes dier. Cara masak sebenarnya tak jejaskan sangat pun, orang tak pandai masak pun boleh buat jadi sedap asalkan bahan dier tip-top.

Tapi, incase barang-barang tak cukup boleh subtitute dengan bahan yang sesuai. Misalnya aku terlupa beli limau nipis, guna je cuka. Lengkuas ganti dengan Halia. Rasa lari sikit takpe la. Haa tapi daun ketumbar memang wajib ada.

Aku suka pakai brand maeprom. Memang terbaik, dan halal.

Bahan-bahan basic dier memang tak boleh miss untuk mendapatkan strong flavour, cukup stok , masam dan pedas dier. Hahaha aku memang taksub sangat dengan tomyam, kalau pergi kedai makan dorang masak tak sedap memang kemurungan aku. Ok meh aku listkan bahan-bahannya:

  • Tomyam paste
  • Serai & lengkuas
  • Daun limau purut & daun ketumbar
  • Bawang holland, & bawang putih
  • Cili padi*wajibul ghunnah
  • Cili Bo*optional untuk warna yang mengancam
  • Sayur-sayuran yang sesuai
  • Ayam/Daging/Seafood
  • Sos ikan/seafood
  • Susu pekat/sejat/uht
  • Limau nipis

Long live tom yam!!

“Tomyam adalah hidangan yang mampu mengubah berat badan dan saiz baju saya akibat makan tanpa henti”

Unaramona – si pentaksub tomyam

Bunga Syurga

A new baby is like the beginning of all things wonder, hope, a dream of possibilities

Eda J. Le Shan
Eshal , Bunga syurga. Sedap kan nama ni?

Minggu lepas, lepas balik kerja hari jumaat aku rushing naik KTM (komuter) ke rembau untuk melawat anak buah aku. Sepupu aku baru je lahirkan anak sulung beliau. Comel sangat, tengok pipi tu cam nak gigit rasa.

Puteri sulung ini diberi nama Eshal, yang bermaksud Bunga Syurga. Kelas kau jah. Haha.

Sebelum mencapai usia 4 bulan, baby memang banyak tido. Macam dalam kepompong pulak.

Alang-alang tu aku tanya la sepupu ku, kalau dia nak shoot newborn untuk kenang-kenangan. Dier on je, so membokeh la pagi sabtu tu. Carikla apa-apa yang sesuai untuk dibuat props. Kalungan bunga tu tak beli pun, itu hiasan hantaran kahwin beliau tahun 2014 tak silap! Kecuali bunga ros warna peach tu sahaja aku beli.

Idk how it turns to be a dark potrait..huhu

Tak sangka jugak rumit juga ya ambil gambar baby ni. Kena pulak haritu meragam, usik kepala sikit nanges. Haha,dah macam sloth aku balut baby, pakaikan crown slow-slow. Snow cap tak boleh, dier rimas. Alhamdulillah, lepas 2 jam dapat la ambil beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan. Berbekalkan natural lighting, agak mendung pagi itu but it’s enough. Ala, lightroom kan ada.

Selang-selang menyusu, kipas tala ke muka dan dodoian nanti dier lena cepat-cepat la buat kerja. Nak jadi mak, lengan kena sasa ye. Aku baru pegang tak sampai sejam pun terasa kelenguhannya.

I hope Eshal menjadi anak yang solehah penyejuk mata kedua orang tuanya. Ble datang lawat orang berpantang ni, jadi teringat pulak dekat mak. Baru sedar perit jerih mengandung, melahirkan dan lepas bersalin lagila..Love you, mak.

Sup Taucu (Miso Sup)

Dinner semalam. Hilang stress kerja bila hirup panas-panas.

” Soup put theart at ease, calm down the violence of hunger, eliminates the tension of the day, and awakens and refines the appetites ”

Auguste Escoffier

Boleh dimakan dengan nasi dan mee.

Bahan yang digunakan:

  • Paste Taucu ( Jenama Tamin)
  • Ikan Bilis ( menggantikan dashi)
  • Bawang putih
  • Fish cake
  • Tauhu kering
  • Kentang
  • Tomato
  • Lobak merah.
  • Cili Padi
  • Halia