Strawberry shortcake

”Strawberry Shortcake called, she wants her outfit back”

Ilona Andrews
Pencuci mulut di pagi raya haji

Raya haji tahun ni biasa-biasa sahaja, kami sekeluarga tak pulang ke kampung pun. Aku dan abang masing-masing dah bekerja, dan adik bongsu pula nak menduduki peperiksaan PT3. Jadi kami memilih untuk berehat dirumah sahaja la, cuti pun sehari je kan.

Malam raya abang dan mak dah masak mi kari siap-siap. Mulanya nak buat laksa tapi kensel. Aku cuma tolong celur mi kuning , tauge dan rebus telur je esok pagi, harharhar. Hmm rasa mcm tak cukup la dengan mi sahaja jadi aku pun buat la sebiji kek.

Strawberry Shortcake, kek paling simple dalam dunia ni.

Lama tak membaking. Nasib baik jadi la jugak rupa kek tu. Tapi takdela glaze untuk strawberry. Guna apa yang ada je kat rumah. Resepi jumpa kat youtube, ada melambak tp aku pilih yang bahan ada di rumah. Ada la satu resepi ni semua dah ada kecuali corn syrup, aku bantai je guna honey. Tak tahula ada beza ke. Aku ni memang zero bab baking. Ok gais, selamat hari raya.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.