Bunga Syurga

A new baby is like the beginning of all things wonder, hope, a dream of possibilities

Eda J. Le Shan
Eshal , Bunga syurga. Sedap kan nama ni?

Minggu lepas, lepas balik kerja hari jumaat aku rushing naik KTM (komuter) ke rembau untuk melawat anak buah aku. Sepupu aku baru je lahirkan anak sulung beliau. Comel sangat, tengok pipi tu cam nak gigit rasa.

Puteri sulung ini diberi nama Eshal, yang bermaksud Bunga Syurga. Kelas kau jah. Haha.

Sebelum mencapai usia 4 bulan, baby memang banyak tido. Macam dalam kepompong pulak.

Alang-alang tu aku tanya la sepupu ku, kalau dia nak shoot newborn untuk kenang-kenangan. Dier on je, so membokeh la pagi sabtu tu. Carikla apa-apa yang sesuai untuk dibuat props. Kalungan bunga tu tak beli pun, itu hiasan hantaran kahwin beliau tahun 2014 tak silap! Kecuali bunga ros warna peach tu sahaja aku beli.

Idk how it turns to be a dark potrait..huhu

Tak sangka jugak rumit juga ya ambil gambar baby ni. Kena pulak haritu meragam, usik kepala sikit nanges. Haha,dah macam sloth aku balut baby, pakaikan crown slow-slow. Snow cap tak boleh, dier rimas. Alhamdulillah, lepas 2 jam dapat la ambil beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan. Berbekalkan natural lighting, agak mendung pagi itu but it’s enough. Ala, lightroom kan ada.

Selang-selang menyusu, kipas tala ke muka dan dodoian nanti dier lena cepat-cepat la buat kerja. Nak jadi mak, lengan kena sasa ye. Aku baru pegang tak sampai sejam pun terasa kelenguhannya.

I hope Eshal menjadi anak yang solehah penyejuk mata kedua orang tuanya. Ble datang lawat orang berpantang ni, jadi teringat pulak dekat mak. Baru sedar perit jerih mengandung, melahirkan dan lepas bersalin lagila..Love you, mak.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.